Alhamdullilah, syukur kehadrat ilahi kerana pasangan Mawi & Ekin sudah sah menjadi suami isteri. Dengan sekali lafaz, Mawi dan Ekin selamat dinikahkan oleh Dato’ Hj Maahat Mohd Said di Masjid Sultan Abu Bakar.

Mawi nikah

Pihak Mawi menyerahkan 9 dulang hantaran kepada Ekin berupa Al-Quran, cincin dan peralatan perhiasan diri termasuk wang hantaran sebanyak RM30,000.

Manakala pihak Ekin pula menyerahkan 11 dulang hantaran berupa Al-Quran, kelengkapan solat serta produk keperluan diri kepada Mawi.

Majlis pernikahan Mawi dan Ekin telah disiarkan secara langsung dan eksklusif menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) ke seluruh Malaysia.

Ha, peminat-peminat Mawi sekalian marilah kita doakan agar perkahwinan mereka kekal sepanjang hayat.

Sumber :- http://www.hafreze.com/2008/12/19/mawi-ekin-sah-suami-isteri