Category: Doa (Prayer)


DOA UNTUK IBU BAPA

” Ya Allah.. Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka, Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah.. Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku semenjak aku kecil..

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah.. hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.. Amin.. “

Advertisements

Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu.

Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku.

Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya.

Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb.

Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu.

Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:
Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa ” Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk” maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula.” ( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang ” Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk”, nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat” ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ ‎Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan –

Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.

Wassallam..

Dalam usaha untuk bermunajat dan berdoa agar ALLAH menunaikan segala hajat kita. Maka bolehlah amalkan cara di bawah ini.

Untuk tunai segala hajat: (contohnya hajat percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagai nya):

* Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwudhuk)
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala laungan azan “Allahuakbar” yang pertama, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa agar segala yang dihajati diperkenankan.
* Lakukan amalan ini sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
* Lakukannye dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita. Hanya pada ALLAH kita sembah dan kepadaNYA juga kita mohon pertolongan. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI. Semoga dapat amal.

Maksudnya : “Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau.” Amin…Ya Rabal alamin…Amin.

Penjelasan :
Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: ” Sesiapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas berbayar dan dirinya akan merasa kaya dari orang yang kaya lainnya. Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.

Doa Pagi

Assalamaualaikum wr wb

Salam sejatera buat semua,

Bacaan harian untuk di amalkan bersama, insyallah, amin. Wassalam.

Hj Fawzid

Bissmillahirahmanirrahim..

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..

Maafkan saya…

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF, jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja mahupun yang disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
.

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan,

yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku

di sepanjang perkenalan kita selama ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalamu’alaikum.

Membuka Pintu Rezeki

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata…….” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) “……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Assalammualaikum semua;

Berdasarkan Hadith Nabi :

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari”

Huraian hadith:

– jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
– Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
– Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2….tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
– Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
– Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
– Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

Dalam usaha untuk bermunajat dan berdoa agar ALLAH menunaikan segala hajat kita. Maka bolehlah amalkan cara di bawah ini. Untuk tunai segala hajat: (contohnya hajat percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nya): * Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwudhuk) * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib. * Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. * Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala laungan azan “Allahuakbar” yang pertama, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa agar segala yang dihajati diperkenankan. * Lakukan amalan ini sebanyak 3 Jumaat berturut turut. * Lakukannye dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita. Hanya pada ALLAH kita sembah dan kepadaNYA juga kita mohon pertolongan. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI. Semoga dapat amal.

” Wahai Tuhanku, seharusnya HambaMu ini Tidak layak menjadi penghuni Syurga Firdaus, tetapi aku tidak tahan untuk menghadapi siksaanMu di dalam api neraka Jahanam,Maka oleh kerana itu Ya Allah , terimalah taubat ku dan ampunkanlah dosa-dosaku.Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar”