Category: Artis Malaysia


Suami kepada pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan bahawa dia telah berkahwin lain dan memilih untuk berpoligami sebagaimana yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Menerusi laporan yang disiarkan akhbar tabloid Harian Metro hari ini, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata Erra Fazira adalah satu-satunya isterinya dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi, lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra, sama sekali tidak betul. Yang penting, Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran di dalam akhbar popular berkenaan.

Sementara itu di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini pula, Emran berkata dia tidak sekalipun terfikir untuk mengamalkan poligami memandangkan ia tidak pernah berlaku dalam keluarga terdekatnya sebelum ini.

“Bapa adalah idola saya dan beliau bahagia dengan hanya satu isteri, ibu saya.Begitu juga dengan bapa saudara saya yang lain, tidak pernah ada keluarga terdekat saya yang berkahwin dua.

“Jadi, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk kea rah itu, apatah lagi dalam keadaan rumah tangga kami yang tidak berhadapan dengan sebarang masalah besar,” katanya.
Dengan penjelasan itu, Emran berharap agar pihak yang telah menabur fitnah kepadanya supaya segera insaf.

Kata Emran, dia perlu menjernihkan keadaan kerana tidak mahu Erra Fazira terus tertekan dengan soalan-soalan yang sama daripada pihak media.

Source : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12232&c=1&s=1

Selepas kejayaan filem Magika, pengarahnya, Edry Abdul Halim enggan mendiamkan diri dan memilih untuk mencuba sesuatu yang baru.

Lantas filem 3D stereoskopik berjudul 29 Februari tampil mengetengahkan idea kreativiti barunya dan sekaligus mengangkat karya keduanya itu sebagai yang pertama di negara ini menggunakan teknologi berkenaan.

“Filem ini menampilkan teknologi 3D stereoskopik dan merupakan yang pertama di negara ini menggunakan teknologi tersebut. Ia dihasilkan sebagai tanggungjawab kami kepada industri seni dan bukanlah sebuah hiburan kosong sahaja. Saya bangga dapat menghasilkan filem ini,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Stadium Merdeka, beberapa hari yang lalu.

Dibintangi oleh Remy Ishak dan Jojo Goh selaku pendukung utama, jelas Edry filem berkenaan mengangkat sebuah kisah cinta yang terhalang dek keluarga berikutan berlainan agama.

Namun yang menariknya mengenai filem tersebut ialah ia mengetengah elemen cinta, muzikal dan epik dalam satu pakej.

“Filem ini mengangkat kisah seorang lelaki bernama Budi yang dilahirkan pada tahun lompat iaitu pada 29 Februari. Perkembangan kehidupannya lebih perlahan berbanding orang lain kerana empat tahun orang biasa bersamaan setahun untuk lelaki itu.

“Dari situ bermulalah pelbagai kisah yang dilaluinya dan salah satu tentunya kisah cintanya terhadap gadis cina bernama Lily. Kelebihannya pada filem ini ialah suntikan muzikalnya serta pada masa yang sama kupasan sejarah kehidupan bermula pada zaman 1896 antaranya perang Jepun dan peristiwa 13 Mei ,” ucapnya.

Tambah Edry lagi, penonton juga akan dapat melihat antaranya peristiwa 13 Mei dan perang Jepun yang turut diselitkan dalam filem berkenaan.

Dengan berbajetkan RM 3.5 juta, kata Edry antara cabaran yang dilaluinya dalam menyiapkan filem ini ialah ketepatan fakta sejarah serta ketelitian dalam penghasilannya menggunakan elemen 3D itu sendiri.

“Cabaran utama saya tentunya dari segi fakta sejarah, yang mana tak boleh salah dan tak boleh nak songsangkan sejarah. Sebagai contoh babak 13 Mei dan perang Jepun itu merupakan satu fakta jadi kita tak boleh tipu. Saya tak boleh nak putar belit sejarah.

“Selain itu juga, menerusi penggunaan teknologi 3D ini semuanya perlu diteliti kerana ianya nampak detail. Bayangkan kita menggunakan 3D untuk mempamerkan emosi dan ia bukanlah satu tugas yang mudah,” katanya filem tersebut bakal ditayangkan pada 30 Ogos tahun hadapan.

Memey Bagaikan Puteri Raja

Biarpun namanya tidak segah Datuk Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, tetapi anak Felda Tenggaroh Selatan ini cukup bertuah. Banyak pihak yang sudi menaja majlis perkahwinannya dengan pelakon kacak, Norman Hakim.

Dalam majlis resepsi yang diadakan di rumah pengantin perempuan kelmarin, Memey tampil bagaikan Puteri Raja dalam dua persalinan mewah sentuhan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini. Dianggarkan kedua-dua gaun moden ini berharga hampir RM30,000 kerana ia menggunakan perincian eksklusif.

Menurut Hatta Dolmat, dia mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan gaun berona merah jambu dan pic itu.

“Kalau ikut citarasa peribadi saya, sudah pasti saya gemarkan baju yang menggabungkan ciri-ciri tradisonal dan moden, tetapi Memey lebih cenderung kepada rekaan moden. Jadi, untuk memenuhi kehendak pengantin, saya buatkan sepasang gaun moden yang menonjolkan kelembutan seorang wanita. Selain itu, saya juga sesuaikan rekaan ini dengan konsep majlis persandingan, iaitu perkahwinan dalam taman,” ujar Hatta.

Bagi Rizman Ruzaini pula, mereka menghasilkan gaun Memey dengan mengambil inspirasi daripada gaun rekaan pereka fesyen antarabangsa, Elie Saab. Memilih rona putih dan merah jambu, gaun moden ini mewah perincian batu permata.

“Dianggarkan terdapat kira-kira 1000 butir permata yang saya gunakan dan semua itu adalah asli. Saya gunakan fabric berwarna putih dan merah jambu kerana saya memilih konsep perkahwinan Inggeris untuk busana ini. Walaupun meminjam sedikit idea daripada Elie Saab, tetapi pada dasarnya, gaun ini adalah ilham kami berdua,” ujar Rizman.

Ditanya pendapat mereka tentang penampilan Memey pada hari majlis persandingan itu, baik Hatta mahupun Rizman, masing-masing mengakui pelakon itu tampil cukup menawan persis seorang Puteri Raja.

Kami rasa Memey cukup jelita dan menawan. Rezekinya memang murah kerana walaupun masih baru industri, tetapi ramai yang mahu memberi penajaan. Kami sendiri tergerak untuk menaja baju perkahwinan ini kerana terpesona melihat kecantikan dan penampilannya selama ini.

Majlis persandingan Memey dan Norman berlangsung dalam suasana yang cukup meriah pada petang kelmarin. Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 5000 orang itu dimulakan dengan acara persandingan dan menepung tawar dan diakhiri dengan acara memotong kek.

Selepas ini pasangan ini akan diraikan dalam majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Majlis yang akan berlangsung pada 28 September ini ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Berkonsepkan Kosmopolitan, hanya 200 orang tetamu yang diundang dan dengar kata ada beberapa selebriti antarabangsa yang akan turut serta.

Source : Gua.com.my

Selain diperkatakan hangat bercinta dengan Yusry Abdul Halim, pelakon jelita ini juga dikaitkan dengan beberapa cerita yang kurang menyenang. Selepas dikatakan tidak mahu memakai pakaian murah untuk penggambaran, Lisa juga dikatakan telah meninggikan suara kepada seorang wartawan hiburan baru-baru.

Kedua-dua insiden ini seolah-olah menggambarkan Lisa Surihani hari ini bukanlah Lisa Surihani yang sopan dan berbudi-bahasa seperti dahulu. Benarkah dakwaan yang mengatakan Lisa berubah sikap setelah merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM 23)?

Mengulas tentang isu ini, Lisa yang ditemui selepas majlis pratonton filem Sekali Lagi malam kelmarin memberitahu dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita-cerita negatif itu boleh dikaitkan dengan dirinya. Jelas pelakon berusia 25 tahun ini dia masih orang yang sama seperti dahulu.

“Apabila saya dapat tahu tentang perkara ini, saya agak terkejut kerana ia sama sekali tidak berlaku. Isu baju itu entah macamana boleh timbul. Saya tidak pernah kata yang saya tidak mahu memakai baju murah. Sebagai seorang pelakon saya akan pakai apa sahaja baju yang disediakan. Mereka yang pernah berkerja dengan saya pasti tahu situasi yang sebenar.

Mengenai dakwaan yang mengatakan saya meninggi suara kepada seorang wartawan itu, saya pun tidak tahu bagaimana perkara ini boleh tersebar. Seingat saya, saya tidak pernah berbuat demikian. Seboleh-bolehnya saya mahu menjaga hati pihak media yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini.

Sejujurnya, saya tidak tahu bila insiden itu berlaku. Sekiranya saya ada meninggikan suara tanya disedari, saya memohon maaf kepada mereka yang terbabit. Saya tidak berniat untuk melukakan perasaan sesiapa,” luah Lisa berterus-terang.

Ditanya adakah dia mengesyaki sesiapa menjadi dalang di sebalik ini, dengan pantas Lisa menjawab tidak. Jelas Lisa dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu dan jauh sekali mahu menyalahkan sesiapa.

“Saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak dan saya juga tak mahu fikir ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap saya. Saya telah diajar daripada kecil supaya tidak berfikiran negatif terhadap orang lain. Paling penting, saya tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Harap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku.

Saya juga hendak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada peminat yang banyak menyokong selama ini. Walaupun ada cerita-cerita yang kurang menyenangkan, mereka percaya saya bukan orang yang macam itu,”tambah Lisa lagi.

Kepada peminat Lisa Surihani, jangan lupa menyaksikan filem terbaru lakonannya, Sekali Lagi bermula 30 Jun ini. Filem ini menyaksikan Lisa bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Bront Palarae sebagai tunggak utama.

Tidak dinafikan, cerita paling hangat untuk sepanjang minggu ini ialah kisah perpisahan hubungan cinta antara pelakon Fasha Sadha dan usahawan muda, Jejai.

Rasanya, kalau Murai Batu selak mana-mana ruangan hiburan dalam satu dua akhbar perdana, pastinya kisah Fasha dan Jejai ini menjadi topik utama.

Pelbagai spekulasi telah timbul mengenai punca terputusnya hubungan mereka berdua ini dan salah satu darinya ialah ada cakap-cakap yang menyatakan bekas isteri Jejai, Nora Danish merupakan individu utama penyebab perpisahan Fasha dan Jejai.

Bagaimanapun khabar ini dinafikan Jejai dalam sebuah akhbar tabloid dan Nora Danish sendiri menegaskan dia bukanlah penyebab utama perpisahan itu.

Mungkin itu adalah kenyataan dari Jejai dan Nora.

Bagaimanapun dalam akhbar tabloid yang Murai Batu baca hari ini, Fasha secara tiba-tiba melenting kerana tak puas hati dengan satu kenyataan balas Nora dalam akhbar yang sama semalam. Kata Fasha, benar dia dan Jejai telah berpisah namun kenyataan dari Nora Danish yang mengatakan mereka berpisah sejak dua bulan lalu adalah tidak benar sama sekali.

Fasha juga menegaskan yang dia ada bukti bahawa dia dan Jejai sebenarnya masih bersama sehinggalah 18 Januari yang lalu dan bukannya berpisah sejak dua bulan lalu seperti yang dikatakan Nora. Alamak macam tarikh bercerai pula. Mana taknya, siap ada tarikh rasmi lagi.

Murai Batu perhatikan, Fasha nampaknya bersungguh-sungguh dengan setiap kenyataannya.

Tambah Fasha lagi, ketika Jejai dan keluarganya bercuti ke Jepun, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali sehari dan menghantar SMS setiap waktu. Mereka akan bercakap hampir sejam dan kenyataan Nora bahawa Jejai menghubungi Fasha hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah.

Fasha juga mengingatkan Nora bahawa dia(Nora) tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungannya dan bekas suami Nora itu sekiranya benar Nora bukan punca perpisahan mereka.

Bagi Fasha, cukuplah pengakuan mereka sudah berpisah pada 18 Januari lalu. Biar hanya mereka berdua tahu puncanya dan dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak atau melayan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang.

Ironinya bagi Murai Batu, apa sebenarnya yang Fasha ingin bangkitkan di sini?

Mereka sudah sah berpisah dan tiada hubungan. Tak kiralah sama ada, dua bulan lalu atau 18 Januari lalu, pucuk pangkalnya mereka sudahpun berpisah. Noktah. Sayonara. Tamat.

Melainkan sekiranya Fasha dan Jejai masih bersama, tiba-tiba Nora buat kenyataan mereka sudah berpisah. Itu betul-betul fakta yang salah dan Murai Batu rasa Fasha berhak menegakan keadilan.

Tindakan Fasha melenting tak tentu pasal ini juga, mungkin boleh membuatkan orang berpendapat yang dia betul-betul mempunyai masalah dengan Nora. Ish, ish, ish, tak mahulah Murai Batu bercakap lebih-lebih.

Tak tahulah apa lagi Murai Batu nak kata pasal kisah mereka ini. Mungkinkah dalam hati Fasha masih ada Jejai namun cinta mereka tak kesampaian? Hanya mereka saja yang tahu.

Tahniah Murai Batu ucapkan kepada penyampai radio XFM iaitu Norhana Che Mahazan atau Nana kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan bernama Althea Raqeem Brian.

Murai Batu dapat tahu, Nana telah bersalin secara normal di Hospital Sunway pagi tadi iaitu kira-kira jam 11.21 pagi tadi.

Difahamkan, Nana telah ditahan wad bersalin hospital berkenaan pada lewat tengah malam tadi. Apapun, selepas bersalin, keadaan Nana dilaporkan stabil dan dia masih lagi ceria menyambut kedatangan kawan-kawan yang hadir melawatnya.

Apa yang pasti, pasangan Nana dan Raqeem bersyukur kerana telah dikurniakan bayi comel bernama Althea yang beratnya mencecah 2.71 kilogram.

Murai Batu turut diberitahu, sepanjang berada di wad bersalin, suaminya Brian yang juga petugas di salah satu stesen radio di bawah bumbung AMP Radio Network sentiasa berada di sisi isterinya itu.

Yang penting, sehingga saat ini, Nana tidak putus-putus menerima kunjungan dari rakan-rakan penyampai radio di AMP termasuklah rakan DJ yang digelar best friend Nana iaitu Fara Fauzana.

Murai Batu juga dimaklumkan, Nana turut memohon maaf kerana tidak dapat memberi kebenaran pihak lain menyiarkan foto anaknya itu kerana dia mahu menjadi orang yang pertama menyiarkan gambar berkenaan dalam blog peribadinya.

Jadi, Murai Batu dan semua peminatnya terpaksalah menunggu saat itu. Apapun, menurut sumber terdekat Nana yang telah datang melawatnya, wajah anaknya iitu memang nampak comel sangat, macam wajah ibu dan bapanya.

Tahniah sekali lagi dari Murai Batu dan seluruh warga murai.com.my. Semoga Nana sihat dan menjalani saat manis selepas bergelar ibu ya.

Ramai pasangan kekasih yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan pada tanggal 10.10.10 termasuklah pelakon serta penyanyi, Aqasha.

Perkenalan yang terjalin selama dua tahundi antara Aqasha bersama tunangnya, Baizura Sabri sudah cukup meyakinkan Aqasha untuk mengahwini wanita yang menjadi pilihan hatinya itu.

Sewaktu ditemui murai.com.my di Rumah Terbuka Hari Raya Bersama RIM 2010, Aqasha memberitahu, Baizura merupakan wanita yang tepat buat dirinya.

“Bagi saya dia seorang wanita yang sentiasa menjadi tulang belakang saya dalam segala hal. Dia seorang perempuan yang sangat memahami serta menyokong apa sahaja minat dan kerjaya saya selama ini.

“Senang dan mudah dengannya kerana dia seorang yang sangat matang apabila lebih merelakan saya untuk menghabiskan masa atau menumpukan perhatian pada lakonan dan nyanyian saya.

“Mungkin dia faham apa yang saya buat sekarang ini adalah untuk memperkukuhkan kewangan saya demi kesenangan dan jaminan masa depan keluarga kami juga,” katanya yang mengikat tali pertunangan dengan Baizura pada Mei lalu.

Apabila ditanya sejauh mana persiapannya menjelang hari pernikahnnya itu, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akasha Rosli ini memberitahu tidak banyak yang perlu dilakukannya selain persiapan mental.

“Tak banyak persiapan yang saya lakukan kerana pada tarikh tersebut kerana kami hanya akan mengadakan majlis nikah sahaja di rumah perempuan yang terletak di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Cuma saya perlu bersedia dari segi mentallah sekarang ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kelak.

Menurut Aqasha lagi, pada majlis resepsinya yang diadakan pada 25 Disember 2010 di Dewan Raja Muda, Shah Alam pula nanti, dia benar-benar mahu dirinya diibaratkan sebagai pasangan diraja.

“Memandangkan hanya pasangan pengantin sahaja yang berpeluang dipanggil raja sehari, saya telah pun mengambil tema itu nanti pada majlis pernikahan serta resepsi saya. Oleh itu, kami akan memakai persalian serba kuning seakan-akan kuning diraja yang ditaja oleh Butik Zaitun pada majlis resepsi kami di Shah Alam,” katanya.

Selain sibuk membuat persiapan kahwinnnya, Aqasha juga sibuk menyiapkan album barunya, Qashanova yang akan keluar pada November ini. Album yang akan memuatkan enam buah lagu kesemuanya itu terdiri daripada lagu-lagu yang berkonsepkan kontemporari pop.

Murai Batu percaya pasti peminat ternanti-nanti untuk mendengar cerita terbaru mengenai pelawak popular tanahair kita, siapa lagi kalau bukan Saiful Apek.

Selepas dikejutkan dengan penangkapan Saiful Apek oleh pihak polis atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja baru-baru ini, tiada siapa yang berjaya menghubunginya, termasuklah rakan-rakannya. Malah selepas dia dibebaskan, Murai Batu sendiri pun tidak pernah nampak batang hidungnya.

Tapi hari ini, semuanya sudah berubah. Murai Batu mendapat tahu Apek kini sudah bersedia untuk berhadapan dengan pihak umum dan akan kembali aktif dalam arena hiburan dalam masa terdekat. Ye lah, sampai bila boleh menyorok. Mahu tak mahu memang kena keluar juga.

Menurut sumber (artis) terdekat juga, Apek sudahpun menghadirkan diri di beberapa majlis terutamanya yang agak privacy. Namun, yang menghairankan kawan artisnya itu, dia sendiri ada cuba menghubungi Apek beberapa kali, tapi telefom bimbitnya tidak pernah diangkat.

Bukan itu sahaja, bepuluh-puluh masej dihantar, ia tidak juga tidak terbalas. Menurut sumber itu lagi, dia cuba menghubungi Apek untuk bertanya khabar bukannya untuk mengeruhkan lagi keadaannya.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, Apek enggan bertemu khalayak kerana peristiwa penahanan itu nyata memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar. Murai Batu juga berharap, di sebalik peristiwa pahit itu ada hikmah yang besar bukan sahaja untuk diri Apek tetapi untuk semua masyarakat umum.

Murai Batu dah agak mesti ramai yang terkejut bila dapat tahu yang Kak Engku bakal bercerai dengan suaminya. Al-maklumlah, selama ini, tak pernah pun orang dengar rumahtangga Kak Engku dilanda badai serta bermasalah. Jadi, bila timbulnya berita ini, mestilah ramai yang susah nak percaya.

Tapi, hakikatnya, apa yang Murai Batu diberitahu, dah lama sebenarnya rumahtangga Kak Engku ni bermasalah. Sebab-sebabnya pulak, tak perlulah Murai Batu nyatakan kat sini. Sebab ianya memang agak sensitif dan sudah masuk hal-hal peribadi.

Tapi, apa yang boleh Murai Batu nyatakan di sini, sesebuah kapal itu tidak akan mampu belayar tanpa nakhodanya. Tugas-tugas sebagai nakhoda pulak memerlukan tanggungjawab yang besar. Bukan hanya setakat mengemudi kapal tetapi juga dia kena ambil berat tentang soal anak-anak kapalnya.

Murai Batu tak mahu cakap perumpamaan ini ada kena-mengena dengan masalah rumahatangga yang dihadapi Kak Engku. Tapi, sebelum ini pun sudah ada macam-macam cerita tidak enak yang kedengaran tentang suami Kak Engku.

Mungkin Kak Engku sendiri pun sudah sedia maklum dengan cerita-cerita tersebut. Begitu juga di kalangan orang-orang terdekat yang sudah sekian lama mengenali Kak Engku. Mereka mungkin lebih memahami apa sebenarnya yang dihadapi oleh pasangan suami isteri tersebut.

Malah, bukannya Kak Engku dan suaminya tak berusaha untuk sama-sama menyelamatkan rumahtangga mereka. Mereka dah cuba, tapi mungkin mereka dah tak berupaya nak menyelamatkan rumahtangga mereka lagi.

Macam mana pun, Murai Batu harap, kita sebagai orang luar akan tetap mendoakan supaya mereka akan mengubah fikiran serta bersatu kembali sebagai sebuah keluarga yang harmoni. Kuasa Allah, kita tidak akan pernah tahu. Mungkin dengan keajaiban dariNYa, segala-galanya akan kembali seperyi sedia kala semula.

Tapi, seandainya tidak, barangkali, ianya memang sudah tidak ditakdirkan untuk Kak Engku dan suaminya tinggal sebumbung lagi. Seandainya itu yang berlaku nanti, Murai Batu harap, Kak Engku dan suaminya akan tetap berdamai demi anak-anak mereka.

Ternyata bukannya mudah bagi mana-mana pelakon untuk meniru atau melakonkan gaya, tutur bahasa mahupun gerak badan seseorang. Lebih-lebih lagi watak yang dilakonkan itu adalah tokoh yang disayangai mayarakat umum.

Sekiranya tersilap, pelakon terbabit bukan sahaja menjejaskan mutu keseluruhan persembahan, malah mungkin dikecam hebat.

Begitulah yang terpaksa dilalui pelakon popular Erra Fazira apabila diberi tanggungjawab besar untuk memegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam Teater Muzikal, Tun Dr Mahathir terbitan CTRA Production Sdn Bhd.

Erra, ketika ditemui pada majlis sidang media di Istana Budaya berkata, biarpun belum memulakan sesi latihan, tetapi debarannya sudah dirasai sejak hari pertama menerima tawaran tersebut, beberapa bulan lalu.

“Sepanjang karier lakonan saya, watak ini adalah antara yang paling berat yang saya terima. Saya akui ia sukar tetapi, selepas berbincang dengan beberapa pihak termasuk pihak produksi, saya cuba megetepikan tanggapan itu, sebaliknya menganggap ia sebagai suatu cabaran.

“Ia melibatkan tokoh ternama yang disanjung ramai, jadi saya rasa sesiapa sahaja yang menerimanya pun akan turut rasa apa yang saya rasa. Cabaran ini terasa lebih-lebih lagi watak tokoh yang dilakonkan itu masih hidup dan beliau akan datang menyaksikan sendiri teater ini. Jadi lakonan saya seharusnya tidak boleh melebihi dari watak sebenar.

“Untuk membuat persedian, saya akan cuba mengenali peribadi Tun Dr Siti Hasmah dengan lebih dekat lagi. Saya pernah aberjumpanya dengannya untuk mengorek cerita-cerita peribadinya. Dia memberikan respon yang cukup baik.

“Sedikit sebanyak mengenai Tun. Dia seorang yang bersifat keibuan, lemah lembut dan hanya memakai baju kebaya dan baju kurung sepanjang masa, tidak kira dalam majlis apa sekalipun. Dia adalah orang Kuala Lumpur dan dalam percakapannya banyak menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

“Ini adalah tawaran teater kedua dalam teater selepas menjayakan teater Selendang Umi, kira-kira 10 tahun lalu. Setidak-tidaknya saya mempunyai pengalaman untuk digunakan nanti,’ kata Erra.

Manakala watak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dipertanggungjawabkan kepada 3 pelakon mengikut 3 fasa kehidupan, iaitu Esma Daniel, ketika zaman Tun Mahthir berumahtangga, Zizan Nin (zaman bujang) serta finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan pada zaman kanak-kanak.

Teater yang menggunapakai khidmat dari Rosminah Mohd Tahir (pangarah), Ismail Kassan (penulis skirp) dan Pak Ngah (komposer muzik) ini bakal menemui penonton di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober 2010.

Antara pelakon lain yang akan membarisi teater muzikal ini ialah Datuk Jalaluddin Hassan (Mr Mohamad), Erma Fatima (ibu kepada Tun Mahathir iaitu Wan Tempawan), Ako Mustapha ( Zahir), Zaibo ( Pak Mat) dan Misha Omar (Datuk Rosnah Majid).