Category: Petua & Tunjuk Ajar


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .
Mencari keberkatan doa…

Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Advertisements

Membuka alas kaki ketika makan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila dihidangan kepada sesorang diantara kamu makanan, sedangkan dia masih memakai kasutnya, maka hendaklah ia menanggalkan kedua kasutnya itu, kerana sesungguhnya ia memberi kerehatan keada kedua kakinya dan ia adalah sunnah” (Riwayat Abu Ya’la melalui Anas r.a.)

Selain mencabut kasut atau selipar ketika makan, menutup kepala semasa makan juga adalah sunnah nabi. Juga sunnah menutup kepala semasa hendak masuk bilik air dan berwuduk.

Hadis mursal daripada Habib bin Shalih Radhiallahu ‘anhu dia berkata: Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam jika (hendak) masuk ke tandas, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Sunnah Nabi ialah semasa makan ialah duduk di atas lantai dan bukannya di meja. Tidaklah salah makan di meja, cuma tidak mengikut sunnah. Semasa makan, Nabi duduk seperti duduk tahiyyat pertama atau duduk ‘bertinggung’. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w duduk bertinggung ketika memakan buah kurma.

Syariat Allah dicantikkan dengan sunnah Nabi. Jikalau mengikut syariat, sah sembahyang di rumah seorang diri. Sunnah nabi mencantikkan lagi syariat sembahyang itu dengan adanya azan dan sembahyang jemaah.
Takbir sembahyang

Dari Abu Hamid As-Saidi r.a. katanya ” Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila berdiri untuk mengerjakan sembahyang, Baginda menghadap kiblat, serta ia mengangkat kedua tangannya sambil berkata “Allahuakbar” (Riwayat Ibnu Majah)

Hukum Mengangkat tangan semasa takbir

Hukumnya adalah sunat. Ada 3 cara mengangkat tangan dan bertakbir:-

· Takbir dahulu baru angkat tangan (membesarkan Allah terlebih dahulu, kemudian menafikan tuhan selain Allah)

· Pergerakan tangan dahulu baru lafaz takbir. (konsep “Lailaha illallah” iaitu menafikan dahulu tuhan selain Allah kemudian barulah membesarkan Allah)

· Serentak lafaz takbir dan pergerakan tangan (Ulama tahkik berpendapat ini cara yang terbaik kerana ini menafikan tuhan selain Allah dan membesarkan Allah pada masa yang sama)

Kenapa angkat tangan masa takbir?

Dalam budaya orang Arab, mereka mengangkat tangan bila menafikan sesuatu. Orang Melayu pula menggeleng kepala. Dalam sembahyang kita mengangkat tangan semasa takbir bagi menafikan tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Berapa kali angkat tangan semasa takbir?

Diakhir hayat nabi cuma angkat tangan ketika takbiratulihram sahaja. Takbir yang lain (perpindahan contohnya rukuk) nabi tidak angkat tangan. Tetapi kalau hendak mengangkat tangan juga dalam takbir yang lain biarlah sampai pada paras bahu atau cuping telinga (sama seperti semasa takbiratulihram)

Takbiratulihram (melafazkan Allahuakbar)

Takbir pertama yang mengharamkan benda yang boleh dibuat diluar solat seperti makan, minum, dsbnya. Keluar dari larangan ini dengan memberi salam. Makruh melambatkan takbiratulihram. Selepas qamat hendaklah terus takbir.

Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda ” Anak kunci sembahyang ialah wuduk(kebersihan dari hadas dan benda najis), dan yang mengharamkan perkara-perkara yang membatalkannya ialah Takbiratulihram, dan (sebaliknya) yang menghalalkan semula (perkara yang terlarang) di dalamnya ialah salam. (Riwayat Abu Daud)

Lafaz takbir

Dalam mazhab Syafie cuma boleh menggunakan lafaz “Allahuakbar”.

Dalam mazhab Hanafi boleh menggunakan lafaz selain Allahuakbar seperti “Allahu Kabir”, “Allahul Azim”, “Allahul Ajal” (yang bermaksud Allah maha besar, maha agung). Walaubagaimanapun makruh menyebut selain “Allahuakbar”.

Lafaz Allahuakbar sebahagian dari solat atau syarat solat?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila engkau berdiri untuk mengerjakan sembahyang…hendaklah engkau mengucapkan takbir – Allahuakbar

Dalam mazhab Syafie, Hambali, Maliki, lafaz Allahuakbar adalah sebahagian dari solat.

Dalam mazhab Hanafi, lafaz Allahuakbar adalah di luar solat, prasyarat. Seperti dalam firman Allah, “Wazakaras marabbihi fasolla :

Al-A’la [15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

Dalam ayat ini menyebut nama Tuhan “Allahuakbar” dan mengerjakan sembahyang adalah 2 perkara yang berbeza dan di tengahnya ada perkataan “serta”.

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra’ Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang mengahdapi sakar atul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan mas ing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin – yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi..

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakar atul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin.

Panjang2kanlah e mai l ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita bersama (bukan dapat rezeki dlm 12jam tau…!).

Wassalam.

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

“Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no.. 436)

This information was in The New York Times several weeks
ago as part of their “Spotlight on the Home” series that highlighted
creative and fanciful ways to solve common problems.

1. Cucumbers contain most of the vitamins you need every
day, just one cucumber contains Vitamin B1, Vitamin B2,
Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic Acid, Vitamin C,
Calcium, Iron, Magnesium, Phosphorus, Potassium and
Zinc.

2. Feeling tired in the afternoon, put down the caffeinated
soda and pick up a cucumber. Cucumbers are a good source of
B Vitamins and Carbohydrates that can provide that quick
pick-me-up that can last for hours.

3. Tired of your bathroom mirror fogging up after a shower?
Try rubbing a cucumber slice along the mirror, it will
eliminate the fog and provide a soothing, spa-like
fragrance.

4. Are grubs and slugs ruining your planting beds? Place a
few slices in a small pie tin and your garden will be free
of pests all season long. The chemicals in the cucumber
react with the aluminum to give off a scent undetectable to
humans but drive garden pests crazy and make them flee the
area.

5. Looking for a fast and easy way to remove cellulite
before going out or to the pool? Try rubbing a slice or two
of cucumbers along your problem area for a few minutes, the
phytochemicals in the cucumber cause the collagen in your
skin to tighten, firming up the outer layer and reducing
the visibility of cellulite. Works great on wrinkles too!!!

6. Want to avoid a hangover or terrible headache? Eat a few
cucumber slices before going to bed and wake up refreshed
and headache free. Cucumbers contain enough sugar, B
vitamins and electrolytes to replenish essential nutrients
the body lost, keeping everything in equilibrium, avoiding
both a hangover and headache!!

7. Looking to fight off that afternoon or evening snacking
binge? Cucumbers have been used for centuries and often used
by European trappers, traders and explores for quick meals
to thwart off starvation.

8. Have an important meeting or job interview and you
realize that you don’t have enough time to polish your
shoes? Rub a freshly cut cucumber over the shoe, its
chemicals will provide a quick and durable shine that not
only looks great but also repels water.

9. Out of WD 40 and need to fix a squeaky hinge?
Take a cucumber slice and rub it along the problematic hinge,
and voila, the squeak is gone!

10. Stressed out and don’t have time for massage,
facial or visit to the spa? Cut up an entire cucumber and
place it in a boiling pot of water, the chemicals and
nutrients from the cucumber with react with the boiling
water and be released in the steam, creating a soothing,
relaxing aroma that has been shown the reduce stress in new
mothers and college students during final exams.

11. Just finish a business lunch and realize you don’t
have gum or mints?
Take a slice of cucumber and press it to the roof of your
mouth with your tongue for 30 seconds to eliminate bad
breath, the phytochemcials will kill the bacteria in your
mouth responsible for causing bad breath.

12. Looking for a ‘green’ way to clean your faucets, sinks
or stainless steel? Take a slice of cucumber
and rub it on the surface you want to clean,
not only will it remove years of tarnish
and bring back the shine, but is won’t leave streaks and
won’t harm you fingers or fingernails while you clean.

13. Using a pen and made a mistake? Take the outside of the
cucumber and slowly use it to erase the pen writing, also
works great on crayons and markers that the kids have used
to decorate the walls!!

Pass this along to everybody you know who is looking for
better and safer ways to solve life’s everyday
problems.

Peristiwa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa tapi dari sejak allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di negeri Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan. Ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an dan semasa hidupnya, allahyarham bolehlah digolongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa. Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia.. Ustaz boleh tolong tak?”

Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”

“Mayat ayah saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak allahyarham tadi. Bagaimana pun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat allahyarham diletakkan dan masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan allahyarham. Baunya pun semakin hanyir…busuk. Dan bau busuknya pun lain dari yang lain, sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas dan takut, langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh allahyarham ketika itu… wallahualam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat menguruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan allahyarham.

Saya mempelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah untuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tetap tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut allahyarham dengan plastik, plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumikan pada lewat malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur allahyarham. Kami mula kebumikan allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya, berlaku sekali lagi peristiwa aneh yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air. Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang pelik sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah atau kawasan lembah tidak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Amat menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk…sukar saya nak gambarkan bagaimana suasana ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang…tak taulah nak cakap!
Kami pun terus benamkan jenazah tadi, sendal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. Selepas selesai semuanya, kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah allahyarham lakukan saya sendiri tak tahu. Yang tahu hanya Allah dan allahyarham sahaja. Bagaimana pun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada allahyarham. Bagi saya ini satu ikhtibar. Saya tidak mengatakan allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang. Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walau pun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai ikhtibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga akan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

Dalam usaha untuk bermunajat dan berdoa agar ALLAH menunaikan segala hajat kita. Maka bolehlah amalkan cara di bawah ini.

Untuk tunai segala hajat: (contohnya hajat percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagai nya):

* Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwudhuk)
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala laungan azan “Allahuakbar” yang pertama, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa agar segala yang dihajati diperkenankan.
* Lakukan amalan ini sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
* Lakukannye dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita. Hanya pada ALLAH kita sembah dan kepadaNYA juga kita mohon pertolongan. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI. Semoga dapat amal.

Kisah Benar… Hampir Dirogol!!

Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol peremuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi dibawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu, “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini.

Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat-sangat menarik pada pandangan saya. Semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat. Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang direjam …..

Everyone should take 5 minutes to read this. It may save your life or love one’s life.

Because of recent abductions in daylight hours, refresh yourself of these things to do in an emergency situation…

This is for you, and for you to share with your wife, your children, everyone you know. After reading these 9 crucial tips, forward them to someone you care about. It never hurts to be careful in this crazy world we live in.

1 . Tip from Tae Kwon Do :
The elbow is the strongest point on your body. If you are close enough to use it, do!

2. If a robber asks for your wallet and/or purse, DO NOT HAND IT TO HIM .
Toss it away from you…. chances are that he is more interested in your wallet and/or purse than you, and he will go for the wallet/purse.
RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!

3. If you are ever thrown into the trunk of a car, kick out the back tail lights and stick your arm out the hole and start waving like crazy.
The driver won’t see you, but everybody else will. This has saved lives.

4. Women have a tendency to get into their cars after shopping, eating, working, etc., and just sit (doing their checkbook, or making a list, etc.) DON’T DO THIS! The predator will be watching you, and this is the perfect opportunity for him to get in on the passenger side, put a gun to your head, and tell you where to go. AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR,LOCK THE DOORS AND LEAVE.

If someone is in the car with a gun to your head DO NOT DRIVE OFF, repeat: DO NOT DRIVE OFF! Instead start the engine and speed into anything, wrecking the car. Your Air Bag will save you. If the person is in the back seat they will get the worst of it. As soon as the car crashes get out and run. It is better than having them find your body in a remote location.

5 . A few notes about getting into your car in a parking lot, or parking garage:
A.) Be aware: look around you, look into your car, at the passenger side floor , and in the back seat

B.) If you are parked next to a big van, enter your car from the passenger door . Some serial killers attack their victims by pulling them into their vans while the women are attempting to get into their cars.

C.) Look at the car parked on the driver’s side of your vehicle, and the passenger side. If a male is sitting alone in the seat nearest your car, you may want to walk back and get someone – guard/policeman to walk you back out.
IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)

6. ALWAYS take the elevator instead of the stairs. (Stairwells are horrible places to be alone and the perfect crime spot. This is especially true at NIGHT!)

7. If the predator has a gun and you are not under his control, ALWAYS RUN! The predator will only hit you (a running target)
4 in 100 times; And even then, it most likely WILL NOT be a vital organ. RUN, Preferably in a zig -zag pattern!

8. As women, we are always trying to be sympathetic: STOP
It may get you raped, or killed. Ted Bundy, the serial killer, was a good-looking, well educated man, who ALWAYS played on the sympathy of unsuspecting women. He walked with a cane, or a limp, and often asked ‘for help’ into his vehicle or with his vehicle, which is when he abducted his next victim.

9. Another Safety Point: Someone just told me that her friend heard a crying baby on her porch the night before last, and she called the police because it was late and she thought it was weird. The police told her ‘Whatever you do, DO NOT open the door.’ The lady then said that it sounded like the baby had crawled near a window, and she was worried that it would crawl to the street and get run over.
The policeman said, ‘We already have a unit on the way, whatever you do, DO NOT open the door.’ He told her that they think a serial killer has a baby’s cry recorded and uses it to coax women out of their homes thinking that someone dropped off a baby. He said they have not verified it, but have had several calls by women saying that they hear baby’s cries outside their doors when they’re home alone at night.

Please pass this on and DO NOT open the door for a crying baby —-
The Crying Baby theory was mentioned on America’s Most Wanted this past Saturday when they profiled the serial killer in Louisiana

I’d like you to forward this to all the women you know. It may save a life. A candle is not dimmed by lighting another candle.

I was going to send this to the ladies only, but guys, if you love your mothers, wives, sisters, daughters, etc., you may want to pass it onto them, as well.

Sabda Rasulullah s.a.w; ‘Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan-santun serta cerdas pemikirannya. ‘

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat’.

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)’.

Abu Abdillah a.s. bersabda: ‘Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir’.

Abu Abdillah a.s. bersabda: ‘Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan’.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: ‘Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati’.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian’.

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih’.

Imam Ali a.s. bersabda: ‘Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi’.

Imam Ali a.s. bersabda: ‘Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas
dan memulihkan kesehatan jiwa’.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa’.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit’.

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu’.

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada’.

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Allah SWT telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi’.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: ‘Madu adalah obat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati’.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: ‘Rasul saw sangat menyenangi madu’.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: ‘Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran’.

SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.