Murai Batu percaya pasti peminat ternanti-nanti untuk mendengar cerita terbaru mengenai pelawak popular tanahair kita, siapa lagi kalau bukan Saiful Apek.

Selepas dikejutkan dengan penangkapan Saiful Apek oleh pihak polis atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja baru-baru ini, tiada siapa yang berjaya menghubunginya, termasuklah rakan-rakannya. Malah selepas dia dibebaskan, Murai Batu sendiri pun tidak pernah nampak batang hidungnya.

Tapi hari ini, semuanya sudah berubah. Murai Batu mendapat tahu Apek kini sudah bersedia untuk berhadapan dengan pihak umum dan akan kembali aktif dalam arena hiburan dalam masa terdekat. Ye lah, sampai bila boleh menyorok. Mahu tak mahu memang kena keluar juga.

Menurut sumber (artis) terdekat juga, Apek sudahpun menghadirkan diri di beberapa majlis terutamanya yang agak privacy. Namun, yang menghairankan kawan artisnya itu, dia sendiri ada cuba menghubungi Apek beberapa kali, tapi telefom bimbitnya tidak pernah diangkat.

Bukan itu sahaja, bepuluh-puluh masej dihantar, ia tidak juga tidak terbalas. Menurut sumber itu lagi, dia cuba menghubungi Apek untuk bertanya khabar bukannya untuk mengeruhkan lagi keadaannya.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, Apek enggan bertemu khalayak kerana peristiwa penahanan itu nyata memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar. Murai Batu juga berharap, di sebalik peristiwa pahit itu ada hikmah yang besar bukan sahaja untuk diri Apek tetapi untuk semua masyarakat umum.