Murai Batu dah agak mesti ramai yang terkejut bila dapat tahu yang Kak Engku bakal bercerai dengan suaminya. Al-maklumlah, selama ini, tak pernah pun orang dengar rumahtangga Kak Engku dilanda badai serta bermasalah. Jadi, bila timbulnya berita ini, mestilah ramai yang susah nak percaya.

Tapi, hakikatnya, apa yang Murai Batu diberitahu, dah lama sebenarnya rumahtangga Kak Engku ni bermasalah. Sebab-sebabnya pulak, tak perlulah Murai Batu nyatakan kat sini. Sebab ianya memang agak sensitif dan sudah masuk hal-hal peribadi.

Tapi, apa yang boleh Murai Batu nyatakan di sini, sesebuah kapal itu tidak akan mampu belayar tanpa nakhodanya. Tugas-tugas sebagai nakhoda pulak memerlukan tanggungjawab yang besar. Bukan hanya setakat mengemudi kapal tetapi juga dia kena ambil berat tentang soal anak-anak kapalnya.

Murai Batu tak mahu cakap perumpamaan ini ada kena-mengena dengan masalah rumahatangga yang dihadapi Kak Engku. Tapi, sebelum ini pun sudah ada macam-macam cerita tidak enak yang kedengaran tentang suami Kak Engku.

Mungkin Kak Engku sendiri pun sudah sedia maklum dengan cerita-cerita tersebut. Begitu juga di kalangan orang-orang terdekat yang sudah sekian lama mengenali Kak Engku. Mereka mungkin lebih memahami apa sebenarnya yang dihadapi oleh pasangan suami isteri tersebut.

Malah, bukannya Kak Engku dan suaminya tak berusaha untuk sama-sama menyelamatkan rumahtangga mereka. Mereka dah cuba, tapi mungkin mereka dah tak berupaya nak menyelamatkan rumahtangga mereka lagi.

Macam mana pun, Murai Batu harap, kita sebagai orang luar akan tetap mendoakan supaya mereka akan mengubah fikiran serta bersatu kembali sebagai sebuah keluarga yang harmoni. Kuasa Allah, kita tidak akan pernah tahu. Mungkin dengan keajaiban dariNYa, segala-galanya akan kembali seperyi sedia kala semula.

Tapi, seandainya tidak, barangkali, ianya memang sudah tidak ditakdirkan untuk Kak Engku dan suaminya tinggal sebumbung lagi. Seandainya itu yang berlaku nanti, Murai Batu harap, Kak Engku dan suaminya akan tetap berdamai demi anak-anak mereka.