KL, 24 MAC 2010: Tak tahulah Murai Batu nak cakap apa dengan tanggapan negatif segelintir pihak terhadap golongan artis. Bila mereka betul-betul mampu pakai kereta mewah dan beli rumah yang besar, ada pula yang anggap mereka tu ditaja.

Contohnya macam penyanyi Anuar Zain kita yang juga adik kandung kepada Ziana Zain. Mentang-mentanglah dia dah pakai kereta Porsche menggantikan BMW 3 Series, ada pulak yang cakap kononnya kereta tu ditaja VVIP.

Kebetulan pulak Anuar memang ada banyak peminat dari kalangan pihak korporat dan VVIP. Jadi, cepatlah orang buat tanggapan yang tidak bukan-bukan.

Tapi yang sebetulnya, Anuar beli kereta tu atas usahannya sendiri. Yelah, walaupun jarang muncul di media tapi Anuar Zain khabarnya memang cukup laku dengan show.

Bukan setakat di Malaysia saja tetapi di Brunei dan Singapura. Jadi, kalau dalam sebulan dia boleh buat lebih daripada 3 show, bayangkanlah berapa banyak pula pendapatan yang diperolehinya. Satu show yang dijayakannya pula bukannya sedikit.

Jadi, Murai Batu harap takkan ada lagi pihak yang pertikaikan tentang kereta Porsche yang dibeli Anuar hasil titik peluhnnya sendiri itu ya.

MURAIBATU: Tak sabar tunggu album baru Anuar Zain. Apa tajuknya selepas Lelaki Ini?