Membuka alas kaki ketika makan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila dihidangan kepada sesorang diantara kamu makanan, sedangkan dia masih memakai kasutnya, maka hendaklah ia menanggalkan kedua kasutnya itu, kerana sesungguhnya ia memberi kerehatan keada kedua kakinya dan ia adalah sunnah” (Riwayat Abu Ya’la melalui Anas r.a.)

Selain mencabut kasut atau selipar ketika makan, menutup kepala semasa makan juga adalah sunnah nabi. Juga sunnah menutup kepala semasa hendak masuk bilik air dan berwuduk.

Hadis mursal daripada Habib bin Shalih Radhiallahu ‘anhu dia berkata: Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam jika (hendak) masuk ke tandas, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Sunnah Nabi ialah semasa makan ialah duduk di atas lantai dan bukannya di meja. Tidaklah salah makan di meja, cuma tidak mengikut sunnah. Semasa makan, Nabi duduk seperti duduk tahiyyat pertama atau duduk ‘bertinggung’. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w duduk bertinggung ketika memakan buah kurma.

Syariat Allah dicantikkan dengan sunnah Nabi. Jikalau mengikut syariat, sah sembahyang di rumah seorang diri. Sunnah nabi mencantikkan lagi syariat sembahyang itu dengan adanya azan dan sembahyang jemaah.
Takbir sembahyang

Dari Abu Hamid As-Saidi r.a. katanya ” Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila berdiri untuk mengerjakan sembahyang, Baginda menghadap kiblat, serta ia mengangkat kedua tangannya sambil berkata “Allahuakbar” (Riwayat Ibnu Majah)

Hukum Mengangkat tangan semasa takbir

Hukumnya adalah sunat. Ada 3 cara mengangkat tangan dan bertakbir:-

· Takbir dahulu baru angkat tangan (membesarkan Allah terlebih dahulu, kemudian menafikan tuhan selain Allah)

· Pergerakan tangan dahulu baru lafaz takbir. (konsep “Lailaha illallah” iaitu menafikan dahulu tuhan selain Allah kemudian barulah membesarkan Allah)

· Serentak lafaz takbir dan pergerakan tangan (Ulama tahkik berpendapat ini cara yang terbaik kerana ini menafikan tuhan selain Allah dan membesarkan Allah pada masa yang sama)

Kenapa angkat tangan masa takbir?

Dalam budaya orang Arab, mereka mengangkat tangan bila menafikan sesuatu. Orang Melayu pula menggeleng kepala. Dalam sembahyang kita mengangkat tangan semasa takbir bagi menafikan tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Berapa kali angkat tangan semasa takbir?

Diakhir hayat nabi cuma angkat tangan ketika takbiratulihram sahaja. Takbir yang lain (perpindahan contohnya rukuk) nabi tidak angkat tangan. Tetapi kalau hendak mengangkat tangan juga dalam takbir yang lain biarlah sampai pada paras bahu atau cuping telinga (sama seperti semasa takbiratulihram)

Takbiratulihram (melafazkan Allahuakbar)

Takbir pertama yang mengharamkan benda yang boleh dibuat diluar solat seperti makan, minum, dsbnya. Keluar dari larangan ini dengan memberi salam. Makruh melambatkan takbiratulihram. Selepas qamat hendaklah terus takbir.

Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda ” Anak kunci sembahyang ialah wuduk(kebersihan dari hadas dan benda najis), dan yang mengharamkan perkara-perkara yang membatalkannya ialah Takbiratulihram, dan (sebaliknya) yang menghalalkan semula (perkara yang terlarang) di dalamnya ialah salam. (Riwayat Abu Daud)

Lafaz takbir

Dalam mazhab Syafie cuma boleh menggunakan lafaz “Allahuakbar”.

Dalam mazhab Hanafi boleh menggunakan lafaz selain Allahuakbar seperti “Allahu Kabir”, “Allahul Azim”, “Allahul Ajal” (yang bermaksud Allah maha besar, maha agung). Walaubagaimanapun makruh menyebut selain “Allahuakbar”.

Lafaz Allahuakbar sebahagian dari solat atau syarat solat?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila engkau berdiri untuk mengerjakan sembahyang…hendaklah engkau mengucapkan takbir – Allahuakbar

Dalam mazhab Syafie, Hambali, Maliki, lafaz Allahuakbar adalah sebahagian dari solat.

Dalam mazhab Hanafi, lafaz Allahuakbar adalah di luar solat, prasyarat. Seperti dalam firman Allah, “Wazakaras marabbihi fasolla :

Al-A’la [15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

Dalam ayat ini menyebut nama Tuhan “Allahuakbar” dan mengerjakan sembahyang adalah 2 perkara yang berbeza dan di tengahnya ada perkataan “serta”.