~WANITA TANAH~

Wanita tanah dilahirkan dibawah zodiak Taurus (21/4-20/5), Virgo (24/8-23/9) & Capricorn (22/12-20/1).

* Seorang yang boleh dijangka, berwibawa & praktikal.

* Penyabar & bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi & material.

* Semangat produktif & gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan memcapai kejayaan dalam perniagaan.

* Kebijaksanaan & kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam & tenang.

* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan & kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius & sederhana.

* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia & berwibawa.

~WANITA API~

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21/3-20/4), Leo (24/7-23/8) & Sagittarius (23/11-21/12).

* Dilahirkan sebagai pemimpin.

* Mempunyai kekuatan diri & biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

* Seorang yang artistik & sukar dijangka, tetapi biasanya romantik & tidak pemalu.

* Mempunyai personaliti suka menguasai & ‘dominate’ tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra & menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

* Suka berterus-terang & tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih & terhiris.

* Jujur & mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.

* Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

~WANITA ANGIN~

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22/5-21/6), Libra (24/9-23/10) & Aquarius (21/1-19/2).

* Berterus-terang, berminda aktif & gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi & inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

* Bergaya, tenang & tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi & saling berkerjasama bersungguh-sungguh.

* Sanggup mengorbankan kehendak/idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian & mengelakkan perselisihan/konflik.

* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

* Dikenali & diingati kerana sifat romantik & manja.

~WANITA AIR~

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22/6-23/7), Scorpio (24/10-22/11) & Pisces (20/2-20/3).

* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati & mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah & berhati-hati.

* Tenang & mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling & cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

* Mudah mengikut rentak emosi orang lain & juga diri sendiri.

~NASIHAT UNTUK WANITA~

* Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

* Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

* Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

* Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

* Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, & anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, & diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur. & dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, 1 untuk menolong diri anda sendiri & 1 lagi untuk menolong orang lain..

* Kecantikkan wanita bukan terletak pada pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

* Kecantikkan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju setiap hati manusia, dimana cinta dapat berkembang.

* Kecantikkan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikkan pada murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian & cinta yang dia berikan. & kecantikkan itu tumbuh sepanjang waktu.