Aidil Fitri merupakan hari gembira kerana ia hari kemenangan setelah berpuasa selama 1 bulan.

Sebahagian daripada bentuk2 kemenangan yang boleh diraikan (dirayakan ):
1. Berjaya menahan nafsu,
2. Badan bertambah sihat
3. Peningkatan kesabaran
4. Berzakat utk org miskin
5. Bertambah amal ibadat
6. Bertambah baik akhlak ( kurang bercakap, bohong & maksiat )
7. Banyak lagi bentuk kemenangan…. lain.

Di kebanyakannya negara-negara Arab yang aman, mereka meraikan Aidil Fitri dengan gembira dan ceria.

Di dalam negara yang mempunyai ramai Muslim tetapi kuat bertelingkah seperti Pakistan, Bangladesh, Iraq, Lebanon, Palestine, India, Iran, Phillipine, Thailand, Somalia, Algeria, Thailand, Chechnya, Turki, Nigeria, Mali, Sudan, mereka berihat daripada persengkitaan pada Aidil Fitri untuk bergembira 1 atau 2 minggu.

Untuk negara-negara Muslim yang agak miskin, Aidil Fitri menjadi satu-satunya PELUANG UNTUK BERGEMBIRA berbanding 359 hari yang lepas. Mereka mengharap untuk menerima bungkusan-bungkusan hadiah daripada negara-negara Muslim yang kaya. Mereka juga tidak sabar-sabar untuk berdoa pada pagi Aidil Fitri untuk keluar daripada kemiskinan.

Untuk Muslimin yang berada di negara majoriti kafirin, mereka juga meraikan Aidil Fitri dengan gembira. Ia menjadi hari membina ikatan ukhwah bagi mereka dan ia adalah hari perkongsian makanan budaya masing-masing. Ia menjadi hari membina rangkaian bantu-membantu dalam segenap aspek.

PANDANGAN SAYA:

Hari Raya Aidil Fitri adalah Hari Gembira kerana ia adalah Hari Kemenangan. Kualiti kemenangan mungkin berbeza-beza, tapi tetap ada kenaikan taraf pada diri kita semua yang berpuasa, jika berbanding bulan-bulan bukan Ramadan.

Bagi saya juga, dengan mendengar lagu-lagu sedih, membaca cerita-cerita sedih, menonton kisah-kisah sedih dan memuja iklan-iklan sedih pada hari-hari sebelum AIDIL FITRI seolah-olah melakukan persediaan untuk hari berkabung dan bukan untuk menyambut hari kemenangan.

SARANAN SAYA:

Kalau nak bersedih jugak, bersedihlah di atas tikar sajadah kerana kesilapan kita yang lalu dan bertaubat darinya kepada Allah serta mengharap agar masa depan kita menjadi lebih baik berbanding hari-hari yang telah lepas.

Banyakkan berbakti dan berakhlak kepada manusia lain dalam bulan Ramadan supaya Hari Raya mereka menjadi lebih gembira daripada yang mereka sangkakan. Kemenangan kita akan berlipatkali ganda sehingga Aidil Fitri akan datang.

Semoga Allah memandang sahabat-sahabat semua dengan pandangan rahmatNya sehingga ke akhir hayat.