Daripada Hazrat Ka’ab bin Ujrah r.a beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Hadirlah ke mimbar” Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata “Amin” dan apabila Baginda naik tangga yang kedua, Baginda berkata “Amin” dan apabila naik anak tangga yang ketiga Baginda berkata “Amin”. Apabila Baginda turun, kami telah bertanya “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesautu yang belum pernah kami dengar”.

Baginda bersabda “Sesungguhnya Jibrail telah muncul kepadaku dan berkata “Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan.” Maka aku berkata “Amin”. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata “Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu”. Aku juga berkata “Amin” dan apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata “Binasalah dia yang mendapati kedua ibu-bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga” Aku berkata “Amin” .“

Di petik dari Kitab Fadilat Amal bahagian Fadilat Ramadhan Hadith 3

“Ya Allah Sesungguhnya aku memohon dengan rahmatMu yang luas meliputi segala sesautu supaya Engkau mengampuni daku”.