852009_ajailizaogos(a)Bukan satu rahsia lagi Ajai dan kekasihnya, Norliza Mohamad Ilias akan bernikah di Pulau Pinang pada 15 Ogos ini sekaligus ingin mengambil berkat Ramadan tidak lama lagi untuk berpuasa bersama-sama sebagai pasangan suami-isteri. Dan lepas puasa, tentu mereka boleh sambut hari raya juga bersama-sama, insya-Allah.

Buat masa ini mereka berdua sudah mula sibuk menghantar kad undangan perkahwinan yang Murai perhatikan memang simple tetapi menarik. Ia tertera gambar tapak sulaiman di atas riben turquoise, putih dan kuning.

Majlis akan nikah mereka akan berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang pada sebelah pagi dan kemudian disusuli majlis kenduri doa selamat di Jalan Pisang Raja, Kampung Melayu, Penang pada waktu tengah hari hingga petang.

Yang nyata, Ajai dan Liza tidak akan bersanding dan sekadar bergambar biasa dengan fesyen pengantin rekaan Rizalman Ibrahim yang juga akan mendandan Liza pada hari berbahagia itu.

Bagi Murai Batu, memang baguslah membuat majlis yang sederhana tetapi biar sempurna. Rasanya yang berkahwin secara sederhana sebelum ini adalah Rusdi Ramli & Sharon Paul serta penulis lirik Ad Samad & Dang Suria Zainordin. Bila Murai Batu tanya juga berapa hantaran belanja, pihak Liza berkata, tunggu nanti pada hari pernikahan kelak.

Dengar kata, Ajai & Liza awalnya mereka hendak berkahwin beberapa bulan lalu tetapi Ajai begitu sibuk dengan tugasnya terutama untuk Mentor di TV3. Jadi sekarang khabarnya adalah masa yang terbaik dan Murai Baru doakan agar perancangan majlis perkahwinan itu nanti akan berjalan lancar.