Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai

ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan
meninggalkan

seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.

Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih

ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang
cukup untuk

mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk
mengiklankan di dalam

akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang
ternaknya

dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat
kediaman

memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut.

Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi
yang memohon

jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa
memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama
Leman untuk bekerja

dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal
bersama seorang

pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh
tekun dan rajin.

Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat
kerja-kerja di ladang ternakan.

Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak
dan sihat-sihat belaka.

Gembiralah si Minah ni tadi.

Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada
Leman,

“Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun
kulihat semakin bagus,

kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan
tekanan kerja…”

Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah.

Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman
pulang kerumah..

Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa
berhampiran unggun api.

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Minah.

Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,
melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut but ku.”

Leman buat, perlahan sekali.

“Buka, setokin ku..” Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.” Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.” Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang
disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…” Dengan perlahan, dia melucutkannya
ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata…

“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau
on the spot.”

Apa yang korang pikir haaa? hehehehe….

…sabar je!!!!….