Duit 50,000…

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.

Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : cepat bagi tahu, kalau tidak Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu akhirnya menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu di mana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah… ”

hahahaha..

—————————————

Nurse yang seksi…

Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan… Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..

Merasa kehairanan, Nurse itu bertanya…

“Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??” Feddy tersenyum malu dan berkata…
“Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya… saya sangat ingin mencium seorang Nurse… ”

“Oh begitu!! tak der masalah… encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik… tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single” kata Nurse…Feddy gembira dan berkata… “iya… iya, saya masih single”.

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi… Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit… kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata… “Maafkan saya cik… saya merasa bersalah… sebenarnya saya sudah berkahwin”.

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata…

“Sudahlah encik… tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse… saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam”

hahahaha… pa rasanya..

—————————————

Berita Baik & Berita Buruk…

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia hospital Tampoi.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat ke dalam kolam… . apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony.

Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka. Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui org atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, ” Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak.

Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, “Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering”.

ehehehe..