Pesakit Mental…

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam.

Si Wardern penjaga hospital ni rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak “Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap??? ”

Jawap pesakit mental tu “Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh”

hahahahahaha……..rupa2nya masih guna ‘cassette’……ingatkan sudah advance…pakai CD!

hahahahahaha…

———————————————–

Perompak & Polis…

Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!
Perompak: ok…ok…
Polis: Angkat tangan!!!!!
Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?
Polis: @#$%&!*(bengang)

ehehehe..

———————————————–

Atuk & Nenek…

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV…Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : “Mahu kemana?”
Atuk : “Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air”
Nenek : “Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA”
Atuk : “OK ..”
Nenek : “Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa”
Atuk : “Ah tidak perlu.. aku ingat… Aiskrim vanila kan?”
Nenek : “Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya”
Atuk : “Beres .. !!”
Nenek : “Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya”
Atuk : “Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?”

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) “Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku… sepatutnya ditulis dulu”
Atuk : “Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?”

Nenek : “ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY.”
Siapa yang pelupa ?

ehehehe…