oiam3Itulah kejutan kedua yang diterima dalam ‘One In A Million 3’ malam tadi selepas penyingkiran Rizu. Diperkenalkan pada awal pertandingan, imuniti bertujuan memberi ganjaran pada peserta yang dirasakan juri telah mempamerkan persembahan terbaik serta menunjukkan peningkatan. Imuniti pernah diberikan kepada Esther (dua kali), Tomok (dua kali), Amylea (satu kali) dan Aweera (satu kali).

Selepas ini, nasib para peserta terletak sepenuhnya di tangan penonton tanpa sebarang campur tangan juri. Hanya tinggal tiga minggu sebelum berlangsungnya acara kemuncak Grand Finals. Jadi, siapa tiga finalis yang akan mara ke pusingan akhir pertandingan? Sukar sebenarnya untuk dikatakan siapa kerana semuanya berdasarkan pilihan popular. Malah juri juga sukar memberikan sebarang ramalan.

“Pertandingan ini bagaikan satu permainan. Pada awal minggu, seorang peserta itu mungkin berada di atas tetapi pada penghujung minggu, dia mungkin di tangga terbawah. Oleh itu, penting untuk ditunjukkan kebolehan mereka setiap minggu. Tomok, contohnya. Setiap minggu persembahannya mengujakan. Dia menerima kritikan dan pandangan kami dan cuba memberi satu persembahan yang menarik. Tapi pada masa yang sama, setiap peserta memang berbakat dan bukan mudah untuk memilih seorang juara. It’s going to be a tough fight,” kata Syafinaz.

Buat Tomok dan Amylea, walaupun menerima pujian dari juri malam tadi, ia tidak bermakna kehadiran mereka di Grand Finals nanti sesuatu yang pasti.

“Saya tak sangka saya boleh sampai ke tahap ini kerana sebelum ini, ketika dengan band, ada yang mengadu tak sedap dengar. Oleh itu, saya berterima kasih pada 8TV dan kru produksi kerana banyak menolong saya. Tak lupa juga Aubrey (Suwito) untuk arrangement lagu. Mereka yang menyebabkan saya ada peningkatan. Saya masih mencari dan mengejar untuk membuat yang terbaik,” kata Tomok.

Tambah Amylea, “Susah nak cakap siapa yang akan mara ke finals nanti. Saya sebenarnya tidak melihat diri saya sebagai bertanding dengan rakan-rakan lain kerana genre muzik kami yang berbeza. Saya akan terus membuat yang terbaik dan jika ia ditakdirkan kepunyaan saya, ia tak akan lari ke mana.”

Gua.com.my