nanaBerita gembira ini telah diumumkan dalam akhbar Harian Metro hari ini. Namun begitu tarikh sebenar masih dirahsiakan kerana menurut Nana, “masih banyak perkara yang perlu di selesaikan”.

Dan siapa lelaki bertuah yang berjaya menambat hati penyampai radio Era ini? Namanya Mohd Raqeem Brian, 34, yang berasal dari Kuching, Sarawak. Brian bertugas sebagai pengurus rancangan Hitz.fm.

Cerita Nana, 26, mereka berkenalan dalam lif tempat kerja. Yang membuatnya tertarik pada Brian adalah sifatnya yang periang dan berfikiran terbuka.