Hafreze.com

irmahasmieibrahimhorzUsah kata Irma adalah lesbian lagi, secara muktamadnya dirinya adalah straight & kini sedang bercinta dengan pelawak tersohor tanah air, Nabil Raja Lawak. Perkenalan tak terduga tahun lalu ketika sama-sama menghadiri majlis Anugerah Stail EH! di Gardens, Mid Valley, pada 6 Ogos tahun lalu memberi pembayang yang cukup bermakna. Ketika itu, akhbar sisipan Berita Harian, Hip menggandingkan mereka bersama dua lagi artis iaitu Dafi dan Farahdhiya dalam sebuah fotografi ‘segera’. Sejak itu, Nabil mula menegur Irma cuma dia masih segan untuk memberanikan diri meminta nombor telefon bimbit milik Irma.

“Memang betul kami bercinta sejak hujung tahun lalu. Kali kedua kami berjumpa sebelum tiba bulan Ramadan 2008 ketika sama-sama menjalani penggambaran program Gegar Gitu Raya di Astro. Kami memang serius dan soal ke depan memikirkan hal perkahwinan, kita sebagai manusia hanya merancang.