Oleh: Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 3 MAC 2009: Transformasi telah berlaku dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) apabila nama 20 calon pelajarnya telah diumumkan hari ini, lebih awal sebelum mengetahui siapakah Pengetua AF7.

Hasil dari penjelajahan ke 4 negeri, hanya 20 pelajar yang terbaik sahaja terpilih daripada beribu-ribu yang datang mencuba bakat dalam sesi uji bakat pada musim kali ini.

322009_students20a

Dari 20 calon itu, tapisan akan berlaku lagi. Keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009.

“Kesemua 20 calon pelajar itu dimestikan menyertai Minggu Orientasi & Kem Muzikal (MOKM) yang meliputi pelbagai kelas-kelas bimbingan dan ujian kelayakan seperti vokal (teknik), vokal (persembahan), tarian, lakonan dan pelbagai lagi selama 6 hari bermula 1 Mac – 6 Mac 2009.

“Hanya pelajar-pelajar yang memberikan persembahan terbaik keseluruhan sahaja akan diserapkan ke dalam AF7 dan keputusannya akan diumumkan dalam Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian 1 & 2) pada 7 & 8 Mac ini, jam 9.00 malam di saluran rasmi, Astro Ria,” kata orang kuat Astro Ria, Khairul Mizan Shagul.

Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus.

Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.

Krew murai.com.my sendiri sempat berjumpa dengan beberapa pelajar ini ketika babak kejutan diadakan iaitu ketika memberikan ‘watikah’. Antara mereka ialah Aril, Abraham, Adila dan Sidi.

Apa kata komen mereka:

ARIL: “Saya tak sangka terpilih. Saya pergi uji bakat pun tidak dirancang. Saya ingatkan itu uji bakat terakhir. Rupa-rupanya apabila sedang beratur barulah saya tahu ia adalah uji bakat pertama. Terima kasih juri kerana sudi ambil saya.”

AB: “Saya tak sangka langsung berjaya. Kebetulan saya adalah orang yang terakhir melepasi tahap 3 dan mengisi borang. Saya dapat borang pun last minute. Malah saya pergi uji bakat pun senyap-senyap tanpa beritahu keluarga. Semuanya sebab saya tak mahu mereka terlalu berharap,”

ADILA: “Saya ingatkan dah tak dapat. Maklumlah katanya pengumuman akan dibuat pada 12 Februari lepas. Jadi, saya pun tak mengharap lagi. Rupa-rupanya saya dapat dan bersyukur sangat-sangat.”

SHIDI: “Tiap-tiap tahun saya dah pergi uji bakat dan banyak kali juga lsampai stage ke-4. Tak sangka pula selepas berumahtangga, barulah saya dapat. Terima kasih Astro.”

Senarai 10 calon pelajar lelaki

1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)