Jangan sebut ‘sembahyang’

~ Sebab ia terdiri dari dua perkataan ‘sembah’ dan ‘Iyang’ / ‘Hyiang’ yang berasal dari perkataan hindu klasik iaitu sanskrit.

~ Iyang / Hyiang bermaksud samaada ‘Tuhan’ atau nama satu dari berhala (dewa) orang-orang hindu. Sebab itu ada perkataan ‘berIyang-iyang’ dan ‘Sang Iyang’.

~ Kalau Iyang / Hyiang nama dari berhala, maka ‘sembahyang’ membawa kepada ‘sembah Iyang’ dan ini pasti SALAH!

~ Kalau Iyang / Hyiang bermaksud ‘Tuhan’ (God -Eng.), maka ‘sembahyang’ bermaksud ‘sembah Tuhan’, dan ini masih salah walau macam tak salah….!??

~ Cuba renungkan perkataan sembahyang zohor, sembahyang asar, sembahyang maghrib…., dan seterusnya ada banyak lagi jenis sembahyang…, akan menjadi:
sembah Tuhan zohor, sembah Tuhan asar, sembah Tuhan maghrib… seterusnya…., sudah tentu lain jadinya….???

~ Mohon kepada Allah dijauhkan dan diampunkan kita dari kesalahan yang disedari dan tidak disedari…

~ Oleh itu gunakan perkataan yang lebih tepat, selamat dan sahih; iaitu ‘SOLAT’. Ianya tidak susah disebut di mulut dan tidak berat di lidah….

Wallaa-hu a’lam