* Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
* Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
* Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
* Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
* Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
* Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
* Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
* Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
* Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
* Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
* Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
* Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
* Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
* Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
* Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
* Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
* Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
* Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
* Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
* Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
* Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
* Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
* Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
* Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
* Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
* Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
* Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
* Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit
* Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal