Dalam satu kuliah Subuh di Seksyen 24, Shah Alam yang disampaikan oleh Dr. Rani, seorang penceramah bebas.

Antaranya: Bekas Presiden Indonesia, Sukarno pernah mengatakan bahawa pada zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak apabila terkena najis Mughallazah tetapi cukup sekadar menggunakan sabun seperti Fab, Breeze dsbnya. Pendapat beliau ini ditentang oleh ulama-ulama Indonesia pada waktu itu. Ulama-ulama tersebut mencabar Presiden Indonesia untuk menjalankan satu eksperimen untuk membuktikan mana yang lebih relevan, penggunaan sabun atau kaedah samak (cara Islam).

Maka dengan itu satu eksperimen dijalankan di mana dua benda diberi untuk dijilat oleh anjing. Satu daripadanya dicuci dengan sabun dan yang satu lagi dibersihkan dengan menyamak menggunakan tanah. Selepas itu kedua-dua benda tadi diperiksa di bawah ‘electron microscope’. Keputusannya didapati bahawa bagi bahan ujian yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih lagi kelihatan kuman yang berpunca dari anjing tetapi untuk bahan yang dibersihkan dengan kaedah samak, bahan itu tidak lagi terdapat kuman yang sama.

Jadi di sini menunjukkan bahawa Allah s. w. t. memang Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian itu dan memberi petunjuk kepada umat manusia sebagai keselamatan hidup di dunia dan seterusnya membawa sampai ke akhirat.