faizal-tahir1 Di kala kareer seninya melonjak naik, Faizal Tahir membuat kenyataan mengejutkan di mana dia bercadang untuk bersara dari dunia hiburan, serta menumpukan kerja di belakang tabir. Sudah pasti peminat Faizal Tahir kecewa, kerana selepas dia baru saja memenangi 3 kategori dalam Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23), ramai berpendapat dia boleh pergi lebih jauh dalam arena hiburan.

Saya sudah lama memikirkan perkara ini. Rasanya inilah masa terbaik untuk saya berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga saya. Saya pun bukan muda lagi.Sudah mencecah 31 tahun pun. “Lagipun anak-anak saya sedang membesar dan tak lama lagi saya bakal menerima anggota baru. Kalau boleh saya tak mahu anak-anak saya membesar dalam keadaan saya seperti ini. “Sebelum ini pun saya selalu berpesan kepada isteri supaya tidak membenarkan anak saya melihat saya di TV. Perkara ini memang sudah lama berada di fikiran dan tak ada sesiapa yang mempengaruhi saya pun.

“Semuanya atas kehendak sendiri,” luah Faizal sekali gus mengejutkan kebanyakan wartawan yang mengerumuninya ketika itu.