iqramHa? Iqram Dinzly cintakan Fauziah Gous, tapi dia hanya mengangap Iqram sebagai teman biasa, pelik? Kalian, jangan bingit- bingit, ini hanya teaser sahaja. Ha ha

Sebenarnya, Iqram Dinzly cinta dan sayangkan Fauziah Gous sebagai teman biasa. Iyalah kawan seperjuangan dalam bidang lakonan. Kata Iqram, kalau tidak cinta dan sayangkan Fauziah Gous, masakan dia boleh berkawan lama dengannya. Namun, Iqram seperti meletakkan harapan yang tinggi terhadap Fauziah Gous, cuba zass kenyataannya.

Memang saya cinta dan sayangkan dia. Kalau tidak macam mana saya boleh berkawan lama dengannya. Walaupun bersahabat, perasaan cinta dan sayang itu perlu ada. Saya harap jangan salah anggap, kerana kami tidak pernah bercinta dan tidak pernah memberitahu orang yang kami sedang bercinta. Andai kata jodoh saya bersama dia, saya terima kerana semua itu ketentuan Ilahi dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Apabila ditanyakan kelibat mereka yang sering kelihatan bersama, malah berpakaian sedondon ke setiap majlis, Fauziah Gous menjawab,

Mana ada kami bercinta, saya tidak salahkan orang ramai kalau menganggap kami begitu, kerana saya akui memang kami selalu saja berdua ke mana-mana majlis. Tetapi, kami tidak melakukan sebarang kesalahan atau perkara yang boleh menimbulkan keraguan. Jika setakat pergi ke majlis bersama, itu tidak salah, kami juga tidak perlu takut, yang penting kami tahu niat kami. Tentang pakaian sedondon pula, selalunya ia tidak dirancang, tahu-tahu saja warna yang dipakai Iqram ada sedikit persamaan dengan pakaian saya, dan bila kami jalan bersama orang kata kami sengaja mahu sedondon.

Sumber: Hafreze.com