By Arnie PDH Ishak

nite015
Bandar Seri Begawan – A gas explosion at a seafood factory in Serasa at noon yesterday left three people dead and 16 injured, while nearby residents were shaken by the blast.

According to the Royal Brunei Police Force, the incident involved 19 foreign nationals causing three fatalities while 16 others are being treated at RIPAS Hospital.

The Fire and Rescue Department said two male foreign nationals died on the scene while one female victim died at RIPAS Hospital. The two men were doing maintenance work outside the building when the explosion occurred. Of the 16 injured, one victim suffered 70 per cent burns on his body.

Fire and Rescue also stated that according to the employer, there were 23 foreign employees working inside the seafood processing factory during the incident, and that all the workers have been evacuated from the building.

According to Deputy Director of the Fire and Rescue Department, Mr Lim Hock Siong, the explosion happened during maintenance work done on the factory’s cold storage cooling system.

The cause of the explosion is still under investigation by the Royal Brunei Police Force and the Fire and Rescue Department.

According to the Ministry of Industry and Primary Resources, the Seafood Processing Factory suffered major damage during the explosion.

An eye-witness, a foreign national fisherman, Ugik, who was having his break at an area next to the factory, he said at about 12.10pm, he heard a huge explosion from the factory and ran to see what the cause was.

When he arrived at the gates, he saw factory workers running out, some of whom were injured and covered in blood.

He immediately called 993 to report the incident and waited for the relevant authorities to arrive.

Some 35 Fire and Rescue Personnel from the Muara Fire Station, Berakas Fire Station, Fire and Rescue Headquarters and the HAZMAT Team along with the Royal Brunei Police Force and the Paramedics were on the scene to secure the situation.

The HAZMAT Team checked the area to ensure the safety of the scene and that there was no more gas leaks before the Royal Brunei Police Force and Fire and Rescue could go in for further investigation.

The Fire and Rescue Department is urging owners of businesses to ensure the safety of machinery during maintenance work to prevent any unwanted incidents. — Courtesy of Borneo Bulletin

Related —>

Bomba sahkan penggunaan oksigen punca letupan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad – Jabatan bomba dan Penyelamat hari ini mengesahkan kejadian letupan di kilang pemprosesan dan pembungkusan makanan laut di Serasa, Muara pada 30 Disember lalu yang mengorbankan tiga pekerjanya dan mencederakan 16 pekerja lain berlaku semasa ujian tekanan dijalankan.

Jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata semasa ujian itu gas oksigen digunakan sebagai bahan utama bagi menguji tekanan dan mengesan sebarang kebocoran.

Ujian tekanan itu seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahan bertekanan rendah seperti air kerana penggunaan gas ammonia mempunyai risiko letupan apabila berlaku kebocoran atau bercampur dengan bahan lain.

Menurut kenyataan itu pada masa sama kerja mengimpal dan pemasangan kabel elektrik juga dibuat di kilang berkenaan. Amalan itu sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kebakaran dan letupan.

Pekerja yang memasang sistem penyejuk spiral freezer yang menggunakan gas ammonia sebagai agen penyejuk didapati tidak mempunyai sebarang sijil pengesahan atau pengiktirafan profesional daripada pihak berkuasa sebagai pekerja yang berkelayakan bagi pemasangan sistem berkenaan.

Siasatan terperinci oleh pasukan penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati pekerja warga asing sedang memasang Spiral Freezer pada sistem sejak awal November 2008 dan dijangka siap pada awal Januari 2009.

Ammonia merupakan gas yang sering digunakan sebagai bahan penyejuk disebabkan cirinya sebagai bahan pemindahan haba yang baik, mudah diperoleh dan kos yang rendah bagi operasi komersial yang besar.

Namun, ammonia juga disenaraikan sebagai gas toksik dengan risiko kebakaran yang sederhana dan boleh menyebabkan letupan bila di campur dengan udara pada kadar 16 hingga 25 peratus.

Letupan itu berlaku ketika ujian tekanan sedang dijalankan oleh mangsa yang terkorban ketika sedang mengisi sistem penyejuk itu dengan oksigen bertujuan untuk menaikkan tekanan dalaman.

Tetapi ujian tekanan bagi sistem serupa itu, sepatutnya tidak dijalankan dengan kaedah berkenaan dan seharusnya diuji menggunakan bahan kemampatan yang rendah seperti air.

Semasa proses ujian, tangki ammonia itu meletup dan mangsa letupan maut dengan serta-merta.

Letupan itu menyebabkan kerosakan kepada kilang itu dan juga merosakkan bumbung kilang bersebelahan.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengingatkan pemilik yang ingin memasang sistem penyejuk untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan sistem yang dicadangkan itu direka, diperbuat, diuji dan mendapat pengiktirafan persijilan kualiti dari makmal antarabangsa.

Jabatan itu juga mengingatkan pemasangan sistem berkenaan dengan sempurna hanya harus dilakukan oleh pemasang dan mereka yang mempunyai pengiktirafan saja.

Kejadian itu turut mengeluarkan gas ammonia ke sekitar kilang itu dan pada masa kejadian berkenaan, seramai 32 orang pekerja berada di dalam kilang berkenaan.

Bunyi dan gegaran dari letupan itu boleh didengar serta dirasai oleh penduduk sekeliling kawasan sehingga lebih satu kilometer dengan letupan itu memusnahkan sebuah tangki menyimpan gas ammonia yang digunakan sebagai bahan penyejuk.

Pihak Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.18 tengah hari dan dengan serta-merta anggota serta peralatan dari Balai Bomba Muara, Pasukan HAZMAT dari Balai Bomba Berakas dan Skuad Khas dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian melakukan operasi mencari dan menyelamat serta pengosongan kawasan.

Anggota bomba berjaya untuk mengawal kebocoran yang berlaku dengan menutup injap untuk mengelakkan dari kebocoran ammonia yang berterusan. – Media Permata