Gerrard anggap inilah ‘barisan terbaik’ gegar EPL

NEWCASTLE: Steven Gerrard melabel skuad terkini Liverpool sebagai ‘barisan terbaik’ dia pernah bermain selepas kelab dari Merseyside itu menamatkan 2008 selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan membelasah Newcastle United 5-1 di St James Park, kelmarin.

Namun, kata-kata daripada pemain tengah England itu seperti kurang disenangi Luiz Felipe Scolari yang tetap berdegil bahawa Chelsea akan bangkit memintas pendahulu itu yang bakal ditentukan pada dua tiga perlawanan terakhir musim ini.

badgelogo

Gerrard yang setia bersama satu kelab sepanjang kerjayanya sehingga sekarang tanpa bersembunyi berkata skuad yang wujud ketika ini adalah pasukan terbaik pernah dia beraksi.

“Jika anda di bilik persalinan anda dapat lihat wajah penuh yakin dan pemain hebat dari penjaga gol sehingga ke barisan penyerang.

“Kami kini sudah menguatkan peluang untuk memenangi kejuaraan liga dan perlu konsisten. Itulah kunci kejayaan mulai saat ini. Kami perlu berdepan tekanan jika mahu terus di hadapan dan ketika ini kami berada di landasan tepat untuk mengejar nama.” – Berita Harian