postersayangyoucandancewx11

Mia, seorang gadis yang lincah dan periang yang baru pulang ke Kuala Lumpur setelah tamat pengajiannya di Singapura, Mia gemar menari, tetapi hobinya itu ditentang oleh ayahnya. Di Kuala Lumpur, Mia rapat dengan sepupunya, Daniel yang telah memperkenalkannya dengan kumpulan penari yang bergelar DanceStarz. Mia kemudiannya jatuh hati dengan salah seorang anggota kumpulan penari tersebut, Remie tanpa menyedari, teman baik Remie iaitu Robby amat menyukai Mia. Kehadiran Mia menyebabkan persahabatan Remie dan Robby renggang. Apabila Robby menarik diri daripada cinta tiga segi tersebut, Mia mula menyedari bahawa banyak lagi liku-liku cinta yang besar yang menghalang cintanya dengan Remie. Pada masa yang sama, DanceStarz pula bersedia untuk menghadapi pertandingan tarian yang bakal mengubah hidup mereka.

Lakonan : Sharifah Amani dan Samuel Rizal (pelakon Indonesia)
Filem : Bjarne Wong
Website : http://sayangthemovie.com/