Pesanan terbaik dari seorang rakan….

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn
rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut
putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana
masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat
yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau ‘pegang’ betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang
betul.
Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbu ka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak
guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena
dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi,
katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu.
Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar
sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah,
dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama
lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada
satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada
tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada
ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat
(IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti
kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih
berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala
u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu
boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu
nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman,
jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak
seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga
kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di
surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu
beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang
baik untuk saya sampaikan.

Iqra’…..!

Take a break…meditate.3 minutes & calm your mind.

Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘ (Tuhanku) ialah
Allah Yang Maha Esa;
2. ‘Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk
memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. ‘Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya’.