‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu, ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru bernama Zeta yang turut di denda, mula menyertai kumpulan mereka. Pelbagai kejadian misteri dan menakutkan dialami oleh mereka. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. histeria

Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap ‘Paranoid Schizophrenic’, sejenis penyakit mental. Apakah yang sebenarnya berlaku?